LaWaTan KeKandang TeRnakaN KaMbinG-BanGi

Setahu aku nilah orang yang kedua membuat cara Kandang tanah dimalaysia.Orang yang pertama membuat cara ini adalah kawan Datuk Dr.Hj Alang Perang juga di kawasan Negeri Sembilan di Inas. Kami pernah kesana tiga tempat kandang kambing antaranya Inas yang pertama tu ko org boleh tegok gambor yang aku sedang memotong rumput tu umah kawan aku.situlah tempatnyer tapi masalah lah sampai kekandang yang kedua dan ketiga kamera aku habis bateri….rugi tak dapat ambik gambor.Bukan setakat itu jer aku juga tidak melepaskan peluang melawat keternakan ikan keli,talapia,dan banyaklah jenis ikan dia ternak.Ternakan ni kawan aku punya kawan yang ternak dekat dengan air terjun tu…. Bestnyer…tp tulah kalo ade gambor aku attach sekali tuk korang tegok rugiiii ler ……..tak der rezekilah tu…

Lawatan kami ke kandang kambing di bangi yang mengunakan kaedah kandang bawah tanah.
Bila aku melawat aku seronok melihat kambing boer ni semua nyer gemuk-gemuk.aku rasa nak beli satu tapi masalahnyer takder yang nak dijual kerana semua dalam process nak hasilkan baka.Dalam masa aku tegah tegok-tegok kambing aku berpeluang melihat kambing tengah mengawan…..heeeeeeee….eeeee siap ambik video lagiiii…..aku tegezuttttt jugak tegok kambing boer ni…….dia keluarkan anu dia panjangnyer pelik aku tegokkk…maklumlah sebelum ni tak pernah tegokkkk…..mula-mula boer jantan akan mengesel badan boer betina sampai bila pun aku tak tahu lama jugak aku tegoknyer….pastu boer jantan akan mencium bontot boer betina pastu naikkk…..atas kambing jantan……fffffffuhhhhhhh dasyat aku tegokkk….hebat betul ciptaan allah…..subhanaalllah
Dalam masa yang sama ade pulak boer jantan kandang sebelah mengamukkkk….yang boer jantan ni tegah megawan ni pun marahlah……sampai gaduh-2 kambing ni…..boer ni sondol,menanduk dinding papan nak menunjukan boikottt…..pada hal boer ni nak jugak mengawan……rupa-rupanya Datuk Dr.Hj.Alang Perang Zainudin bagi tahu aku kambing boer bila nak mengawan ialah ketika boer betina bagi isyarat yaini dengan mengeluarkan lendir di kemaluan nyer dan boer jantan akan menghidu bau lender kemudian boer akan mencari dan terus mengawan……patutlah boer jantan sebelah kambing nak gak sebab dia pun bau….. hebat betul............
Nilah kawasan persekitaran kambing boer tulen F1 dari Australia. Kambing boer tgh makan rumput&bayam gergasi(bayam hutan).Berselera aku tegok kambing ni makan…..sedap pulak maklumlah aku suka makan sayur bayam…heeeeeeeee....Bila dah kenyak makan mulalah mencari port nak lending baring-baring camtulah tabiat kambing.Tu dia tegah lending baik punya lepas dah makan.best ko kan Boer.
Nilah kawasan tempat penanaman rumput.Tengok tu perkerja sedang mengemburkan tanah sebelum ditanam batang atau benih rumput.Tak silap aku dia guna benih rumput dari Australia yang dapat secara percuma daripada pembelian Kambing boer.Nasihat aku kepada ko orang sebelum nak bela kambing pertama sekali ko orang kena tanam rumput napier dulu lebih kurang 2 ekar ke oklah cukup tuk 50ekor mungkin lebih kotttt.....

