Wednesday, March 28, 2007

Konsep ‘glokal’ panduan usahawan bumiputera

Oleh NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 27 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa usahawan bumiputera menjadikan konsep ‘glokal’ sebagai panduan bagi merangka strategi perniagaan untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Katanya, strategi tersebut menekankan langkah memperkukuhkan perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum bersaing di peringkat global.
‘‘Konsep ‘glokal’ harus dijadikan sebagai strategi perniagaan bagi membolehkan kita menjadi pelaku global yang hebat dan juga bakal menentukan sama ada kita berjaya meniti ombak persaingan antarabangsa atau sebaliknya,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Usahawan Glokal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Konsep ‘glokal’ sebelum ini pernah diungkap oleh Najib semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun 2005 bagi merujuk kepada ‘Melayu Glokal’ iaitu mereka yang bersedia bersaing di peringkat antarabangsa dan pada masa sama tidak melupakan agama Islam dan budaya Melayu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, gesaannya supaya usahawan bumiputera berpegang kepada konsep berkenaan adalah berikutan persaingan yang semakin hebat kerana Malaysia kini beralih kepada pasaran terbuka.
‘‘Kita jangan berfikir secara tertutup, sebaliknya harus bersikap proaktif bagi menghadapi persaingan ini dan ia harus dilakukan bukan sekadar sedikit-sedikit sebaliknya dalam bentuk lonjakan berganda,’’ katanya.
Tambah Najib, bagi menghadapi persaingan itu, usahawan terbabit perlu sanggup bekerja kuat iaitu masuk bertugas sebelum pukul 7 pagi dan pulang selepas pukul 8 malam dengan waktu kerja enam hari seminggu.
‘‘Mereka harus mempunyai fokus dan meletakkan jangka masa bila matlamat hendak dicapai dan mesti berusaha berhabis-habisan sehingga berjaya.
‘‘Setelah berjaya satu peringkat, ia harus berterusan kepada peringkat lain, dulu pendapatan RM1 juta, kemudian naik RM10 juta. Kita tidak boleh berpuas hati dan kata saya telah mencapainya, sepatutnya kena naik RM1 bilion,’’ tegasnya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, usahawan yang berpegang kepada konsep itu juga perlu memastikan produknya mempunyai jenama yang boleh diterima di peringkat antarabangsa serta kualiti dan pembungkusan yang baik.
Usahawan terbabit, kata Najib, juga harus menghindarkan diri daripada sindrom 4B (Banglo, Bot, Benz dan Bini) kerana ia akan menyebabkan mereka hilang fokus terhadap keutamaan yang perlu diberikan.
Dalam pada itu, beliau meminta usahawan terbabit menembusi pasaran global dengan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah memperkenalkan tiga jenama iaitu Halmart, Forest’Secret dan MalaysiaKitchen.
‘‘Ia adalah rangkaian pasar raya, kedai dan restoran di peringkat tempatan dan antarabangsa iaitu Halmart bagi menjual pelbagai barangan halal dari negara ini, Forest’Secret (barangan kosmetik) dan MalaysiaKitchen (makanan tempatan),’’ jelasnya.

Monday, March 12, 2007

Kursus Penternakan Kambing Komersil.


Ab halim bin ab jalil,
Alor gajah,Melaka.

Tarikh : -
(15-16 Julai 2006)
(11-12 November 2006)

Tajuk : -
· Taklimat ringkas&Pengeluaran dan Pengurusan Ternakan Kambing.
· Perancangan Kearah Pengeluaran ternakan Kambing Komersil.
· Pengenalan Baka_Baka dan Pengurusan Pembiakan (Lawatan)
· Nutrien dan Pemakanan (Teori/Amali)
· Prasarana dan Pembinaan Kandang.
· Pengurusan Pastura dan Fodder (Teori/Amali).
· Pengurusan Kesihatan,Penyakit,parasit (Amali)
· Rawatan Kesihatan Kutu (Amali).
· Pengurusan Anak dan Pembesaran. (Teori/Amali).
· Perancangan Kos/Kewangan Penyimpanan Rekod.



Semua peserta Wajib mencuba Practical inject ubat cacing,kutu pada kambing
Nilah persekitaran kawasan kambing Cikgu Halim.

Pada 15-16 Julai&11-12 November 2006 yang lalu,kami sempat menghadiri Kursus ternakan kambing komersil sebanyak 2 kali di alor Gajah,Melaka.Pengusahanya adalah Ab. Halim Saniah Goat Farm iaitu En. Halim lebih mesra di panggil Cikgu Halim. Beliau yang bermula dengan seekor kambing jantan dan tiga ekor betina 4 tahun lalu, kini telah memiliki lebih kurang 500 ekor kambing pelbagai
baka.Apa yang buat saya tertarik kerana salah satu kandang beliau yang 100% dibina sendiri mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan menggun akan bahan-bahan terpakai atau secondhand. Masa yang panjang itu sebenarnya mengambilkira bilangan kambing yang beliau miliki dari satu masa ke satu masa. Jadi banyak kos dapat dijimatkan dan mengelakkan pembaziran yang tidak sepatutnya.
Dan terkini, beliau bakal menerima bantuan tambahan sebanyak 400 ekor kambing daripada jabatan haiwan dalam masa terdekat. Betapa bangganya kami dengan semangat dan kegigihan beliau. Lebih-lebih lagi hanya beliau suami isteri yang mengusahakannya hingga mampu menyara pengajian kedoktoran tiga anaknya di luar negeri. Sejak enam bulan yang lalu beliau mengambil seorang pekerja bagi menampung keperluan tugasan yang kian bertambah.

Untuk 500 ekor kambing yang beliau miliki kini, kos pengurusannya tidaklah besar. Lebih kurang RM3,500 sahaja. Lebih kurang RM0.23 seekor sehari. Tentang pasaran pula langsung tiada masalah kerana permintaan sentiasa melebihi bekalan yang ada. Malah pelanggan beliau terpaksa menunggu mengikut waiting list. Hampir setiap hari, paling kurang 5 ekor ibu beranak dan adakalanya menghasilkan kembar hingga 3 atau 4 ekor. Kadar kematian yang rendah juga membantu perkembangan yang baik.

Wednesday, March 7, 2007

LaWaTan KeKandang TeRnakaN KaMbinG





Lawatan pada cuti Raya cina yang Lepas

Ni lah kandang yang bersaiz lebih kurang 20'x40'

yang boleh menampung 50 ekor kambing.





Nilah padang rumput Napier 2 ekar lebih yang ditanam.

Nilah sebahagian kambing yang ade tgh makan rumput.

Friday, March 2, 2007

Susu Kambing, Sunnah Rasulullah yang Telah Dilupakan


Sekiranya Menternak Kambing secara besar-besaran banyak manfaatnya kepada manusia.Bukan hanya untuk akikah atau korban tetapi untuk produk kesihatan.
kisah selanjutnya mengenai Susu Kambing, Sunnah Rasulullah yang Telah Dilupakan.............http://www.kharisma.de/?q=node/12



TERNAKAN SECARA KORMESIAL

Projek penternakan kambing di Kajang.
Insyallah projek kambing di kawasan kajang akan dibangunkan tidak lama lagi. Banyak cabaran dan halangan dalam membangunkan projek aku ini. Insyallah aku akan selitkan perkembangan projek penternakan kambing aku ni di kajang.

Kata-kat Perangsang Minda

"Jangan ingat semasa sedang banyak wang, selama-lamanya kita ada banyak wang. Kalau hendak berniaga, kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros membelanjakan wang syarikat untuk bermewah-mewah"

"Di samping kesediaan berkorban dalam mengejar kejayaan, Bumiputera harus memupuk sifat kesabaran yang tinggi. Kejayaan jarang datang dalam sekelip mata. Ramai yang gagal beberapa kali sebelum menikmati kejayaan. Perjuangan besar selalunya perlukan pengorbanan besar yang diiringi kesabaran"

"Untuk terus membangun sebagai satu ekonomi yang kukuh dan berkembang, negara perlukan usahawan dan ahli perniagaan yang kreatif, berdaya maju dan berdaya tahan"


Kebijaksanaan menangani sesuatu krisis adalah juga sebahagian daripada amalan budi bahasa yang harus difahami oleh ahli perniagaan. Sebaik mana perancangan kita, ada masanya sesuatu yang tidak dirancang akan berlaku. Apabila berlaku sesuatu yang buruk, kita mesti tahu bagaimana mengurangkan kesan negatif yang timbul"