Monday, December 24, 2007

Fahami mengenai Akikah.

AKIKAH.
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.:

Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

HIKMAT AKIKAH.
Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Perayaan hari raya Korban.

ERTI KORBAN.
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik, iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Hukum korban ialah sunat muakad, iaitu sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar. Tuntutan sunat muakad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti Islam, sempurna akal, dan baligh. Orang yang berkoban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.

Korban sangat dituntut dalam Islam. Dalil yang menerangkan waktu korban ialah firman Allah s.w.t.:

Yang bermaksud: "Maka bersembahyanglah kamu kerana Tuhanmu dan berkorban kerana-Nya."

Yang bermaksud: "Tidak akan sampai kepada Allah dagingnya dan tidak darahnya tetapi sampai kepada-Nya taqwa daripada kamu."
























TERNAKAN SECARA KORMESIAL

Projek penternakan kambing di Kajang.
Insyallah projek kambing di kawasan kajang akan dibangunkan tidak lama lagi. Banyak cabaran dan halangan dalam membangunkan projek aku ini. Insyallah aku akan selitkan perkembangan projek penternakan kambing aku ni di kajang.

Kata-kat Perangsang Minda

"Jangan ingat semasa sedang banyak wang, selama-lamanya kita ada banyak wang. Kalau hendak berniaga, kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros membelanjakan wang syarikat untuk bermewah-mewah"

"Di samping kesediaan berkorban dalam mengejar kejayaan, Bumiputera harus memupuk sifat kesabaran yang tinggi. Kejayaan jarang datang dalam sekelip mata. Ramai yang gagal beberapa kali sebelum menikmati kejayaan. Perjuangan besar selalunya perlukan pengorbanan besar yang diiringi kesabaran"

"Untuk terus membangun sebagai satu ekonomi yang kukuh dan berkembang, negara perlukan usahawan dan ahli perniagaan yang kreatif, berdaya maju dan berdaya tahan"


Kebijaksanaan menangani sesuatu krisis adalah juga sebahagian daripada amalan budi bahasa yang harus difahami oleh ahli perniagaan. Sebaik mana perancangan kita, ada masanya sesuatu yang tidak dirancang akan berlaku. Apabila berlaku sesuatu yang buruk, kita mesti tahu bagaimana mengurangkan kesan negatif yang timbul"