Wednesday, September 12, 2007

Lawatan sambil tegok2 sambil belajar..

Hehe...ini anak tauke punya kandang...mana tahu suatu hari nanti budak ni jadi Jutawankambing.hahahaaa....Budak ni tak takut dgn kambing tau...kambing yang takut dgn dia pulak...ilmu aper budak ni pakai..
Patner aku dalam biznes ni sedang mendukung anak kambing.Best kan dukung anak kambing tapi kalo kambing sendiri lagi best.
Ni lah aku...yang berangan2 nak jadi tauke kambing.Opppp...mati karang kambing ni aku cekik leher dia.kesian kau kambing.Sory kambing....
Pandangan kandang kambing dah macam tempat pelancongan..menarik ni....
Baju hitam tu adik aku nak bagi kambing makan kesian kambing lapoooo...emmmbbbbekkkk...tu bunyi lapor lah kot...heheheheeee...
Tengok tu kambing dengan gelojohnya makan....sabor kambing wat lah baca doa dulu...nak makan tu....

Cantik betul lah kandang kambing ni nanti bolehlah aku bina macam ni dan boleh lah wat tempat pelancongan tuk budak2 sekolah rendah dan Menegah agar dapat memberi pendedahan pada mereka..heheheheheee....So ader sesiapa yang nak beli kambing boer,jamnapari tuk baka atau akikah ke boleh lah menghubungi saya atau terus datang keladang Uncle ni.

TERNAKAN SECARA KORMESIAL

Projek penternakan kambing di Kajang.
Insyallah projek kambing di kawasan kajang akan dibangunkan tidak lama lagi. Banyak cabaran dan halangan dalam membangunkan projek aku ini. Insyallah aku akan selitkan perkembangan projek penternakan kambing aku ni di kajang.

Kata-kat Perangsang Minda

"Jangan ingat semasa sedang banyak wang, selama-lamanya kita ada banyak wang. Kalau hendak berniaga, kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros membelanjakan wang syarikat untuk bermewah-mewah"

"Di samping kesediaan berkorban dalam mengejar kejayaan, Bumiputera harus memupuk sifat kesabaran yang tinggi. Kejayaan jarang datang dalam sekelip mata. Ramai yang gagal beberapa kali sebelum menikmati kejayaan. Perjuangan besar selalunya perlukan pengorbanan besar yang diiringi kesabaran"

"Untuk terus membangun sebagai satu ekonomi yang kukuh dan berkembang, negara perlukan usahawan dan ahli perniagaan yang kreatif, berdaya maju dan berdaya tahan"


Kebijaksanaan menangani sesuatu krisis adalah juga sebahagian daripada amalan budi bahasa yang harus difahami oleh ahli perniagaan. Sebaik mana perancangan kita, ada masanya sesuatu yang tidak dirancang akan berlaku. Apabila berlaku sesuatu yang buruk, kita mesti tahu bagaimana mengurangkan kesan negatif yang timbul"