Wednesday, July 18, 2007

Kelahiran anak Kambing..



nilah kambing yang baru beranak 3 minggu lepas....besor tu badannyer.....fuh...semangat2

Kematian anak yang memilukan.tengok lah kasih sayang seorg ibu yang bergelar ibu tunggal.tp ape sudah jadi pd manusia tak sayang anak.Malah buang anak lagi.Kesian aku tegok anak kambing ni.bila aku datang jer aku terperanjat tegok anak kambing ni tak leh bangun.Pastu ibunya macam bagi satu isyarat minta tolong dgn aku.ibu kambing ni menolak2 badan anak kambing seolah2 menyuruh anaknya bangun.anak kambing tu Uncle dah bawa buat rawatan alhamdulilah selamat.tp selang dua hari anak kambing tu terus mati.sedih aku.huhuhuhuhu..nilah dinamakan ajal maut datangan tuhan.aku pasrah dgn ketentuan allah..Bila aku balik umah aku teringat lagi anak kambing tu.aku berfikir sejenah kalolah takder ilmu macamner nak selamat kan anak kambing tu yerrr...nak bagi ubat aper?nak wat aper?macam2 aku terfikir.Jadi aku perlukan tambah lagi ilmu didada ini agar aku tahu ape yang akan aku lakukan sekiranya terjadi sedemikian.maklumlah aku ni penternak baru.Generasi baru katakan..masih jauh lagi perjalanan yang perlu aku tempuhi dalam dunia ternakan.

Kambing yang sihat sedang menjamu selera...yamiiiiii....makan lah ko banyak sampai boroy perut ko tu.hehehehehe...

TERNAKAN SECARA KORMESIAL

Projek penternakan kambing di Kajang.
Insyallah projek kambing di kawasan kajang akan dibangunkan tidak lama lagi. Banyak cabaran dan halangan dalam membangunkan projek aku ini. Insyallah aku akan selitkan perkembangan projek penternakan kambing aku ni di kajang.

Kata-kat Perangsang Minda

"Jangan ingat semasa sedang banyak wang, selama-lamanya kita ada banyak wang. Kalau hendak berniaga, kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros membelanjakan wang syarikat untuk bermewah-mewah"

"Di samping kesediaan berkorban dalam mengejar kejayaan, Bumiputera harus memupuk sifat kesabaran yang tinggi. Kejayaan jarang datang dalam sekelip mata. Ramai yang gagal beberapa kali sebelum menikmati kejayaan. Perjuangan besar selalunya perlukan pengorbanan besar yang diiringi kesabaran"

"Untuk terus membangun sebagai satu ekonomi yang kukuh dan berkembang, negara perlukan usahawan dan ahli perniagaan yang kreatif, berdaya maju dan berdaya tahan"


Kebijaksanaan menangani sesuatu krisis adalah juga sebahagian daripada amalan budi bahasa yang harus difahami oleh ahli perniagaan. Sebaik mana perancangan kita, ada masanya sesuatu yang tidak dirancang akan berlaku. Apabila berlaku sesuatu yang buruk, kita mesti tahu bagaimana mengurangkan kesan negatif yang timbul"