Monday, July 23, 2007

KeSeminar Ternakan Kambing Ruminan yang menguntungkan bulan Julai yang lepas

Seminar yang direka khas bagi memenuhi keperluan para penternak dan pembiak-baka ruminan!
Terokai teknik-teknik penternakan ruminana yang telah terbukti berjaya dan berkeupayaan memaksimunkan keuntingan perniagaan ruminant anda. Penceramah berkalibar kamu akan meneerangkan dan membantu anda memahami punca penyakit yang semakin menular, pandauan cara mengatasinya, bagaimana caranya untuk mengoptimumkan potensi industri ternakan anda menjalankan operasi perniagaan secara lebih sistematik dan efektif.

Tarikh :- 21 Julai 2007
Masa :- 8.00am-6.00pm
Tempat :- STC Grand Banquet Hall
PT 7, Off Jalan Ipoh,
Pekan Lama Batu &,
68100, Batu Caves,
Selngor ,Malaysia.

Acara Utama.
Perkhimatan Sokongan JPH dalam Penternakan Ruminan.
En.Suhaizad Bin IbrahimPegawai Veterinar, JPH Kedah.

Nutrisi Pemakanan Ruminan.
Dr. Wan Zahari Bin Mohamed,
Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik Mardi,Serdang.

Skim Pinjaman Penternak.
Pn. Zaharah Binti Hashim, Pengurus Kanan
Bank Pertanian Shah Alam.

Panduan Penjagaan Kesihatan Ruminan.
Dr. Mahendran A/L C.M Renganathan, Bekas Pengawai Veterinar, VRI, JPH Perak

Pengenalan kepada Kaedah A.I.
Prof. Madya Dr.Abd. Wahid Haron,
Konsultan Peyelidik ar-Raudhah Boetech Farm Sdn.Bhd,Kuang.


Penternakan Ruminan Secara Praktikal.
En. Kamal B. Milatu, Pengarah
Teguh Ternak Sdn. Bhd. Klang

Produk Kesihatan Ruminan.
Rahmawani Binti Noor Sheriff, Pengurusan Pembangunan Perniagaan dan Dr.Theivanai Jeram,
Doktor Veterinar KM Vet Pharm Sdn.Bhd, Batu Caves.Fu-Y0000….bersemangat bila aku menghadiri Seminar yang serba singkat ni. Bila aku tegok ramai penternak yang sudah memulakan projek tapi bila lah aku akan mula yerrrrrrr........bila aku bergaul dgn mereka aku dapat rasakan peluang yang menguntungkan sekiranya dibuat secara besar-besaran tetapi diingatkan pasaran kena pandai cari.tapi tak payah risau lah pasal pasaran Malaysia pun tak cukup lagi nak menampung daging kambing dimalaysia.Cuma kenalah ada strategi pasaran masing-masing yang penting kena bergerak untuk mendapatkanya.Hahahahahahaha............... pandai cakap jer aku ni mula pun belum....
Takperlah ape korang nak cakap yang penting aku tahu siapa diri aku..hehehehehehe....

Para peserta khusyuk habis mendengar penceramah yang memberi ceramah pasal potensi penternakan kambing secara ruminan.Ramai beb yang hadir yang jauh dari sarawak, pahang dan negeri sedengan yer...pun sanggup datang. Bagus semua penternak bersemangat sanggup bersusah payah mendapatkan ilmu. Semua penceramah sangat memuaskan kerana semua penceramah dari orang yang berpengalaman Cuma masa sahaja yang singkat tak dapat nak korek ilmu banyak2.Penyampaian hadiah kepada perserta cabutan bertuah mendapat barangan Ubat-ubatan ternakan dari pada KM Vet Pharm Sdn.Bhd. dan yang paling menarik cabutan bertuah hadiahnya kambing..embeeeeeeeeek. Wahhhhhhhhhh…..apasal aku tak dapat???? Tak der rezekilah tuuuu……Macamana yer kalo dia org dapat kambing tu nak bawakkkkk balik kalo ade van,lori senang sikit kalo ade kereta dan motor camner nak bawak.Let me think……hahahaha…nak tak nak kenalah cari & sewa lori..heheheheheeeee…no choise..Waktu solat tidak dilupakan walaupun berada didalam seminar. Malah diigatkan kepada umat islam khasnya jangan melupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim kepada allah iaitu solat 5 waktu dimana azan diazankan diawal waktu.Aduhh kok….Bagus perkhidmatan yang diberikan kepada peserta oleh KM Vet Pharm Sdn.Bhd. yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk kemasjid. Ape yang diharapkan semoga dapat membuat kursus lagi dilain masa dengan topik yang lebih hangat dan dipanjang kan sedikit masa agar boleh berdiskusi dengan lebih lanjut untuk meningkatkan taraf ternakan kambing negara kearah kormesial.Insyallahhh....
"MAJU SEMUA UNTUK NEGARA DALAM BIDANG PENTERNAKAN KAMBING MALAYSIA"

Lawatan kekandang Esis-Sahabatku

Dalam menuju keklang untuk menghadiri Kursus Effective Mikroorganisma singkatanya dipanggil EM.sempat juga melawat Kandang esis yang terletak di Shah alam.kami terpaksa membatalkan kursus tersebut kerana kesuntukkan masa kerana perjalanan kesana mengambil masa 1jam lebih maklumlah pakai motor.Walaupun kami tersesat sampai kePort klang.Dengan keadaan demikian kami mengambil keputusan untuk melawat kekandang Lembu milik sahabat saya yang berada di klang.Tetapi kami tidak dapat melawat kerana ada masalah sedikit.Lalu kami mengambil keputusan melawat kandang kambing dishah alam iaitu kandang esis.Kambing yang terdapat di kandang esis terdiri daripada Feral dan Boer.Bila kami melihat kambing disitu kami rasa bersemangat untuk memulakan ternakan kambing secara kormesial. Kambing yang jinak ni aku panggil siputih sebab badan dia putih..hehehehe…first time kami datang kambing nilah yang menyambut dan mula mendekati kami dan berjinak2.kami gi jalan kesana dia ikut kami kesini dia ikut…kenapa eeeeerrrrrrr..aku pun pelik mungkin dia minta tolong kot dia sakit…..kottt….aku pun tak tahu lahhh…..tapi apepun kambing ni sangat jinak dan manja….Kambing feral yang menungu pembeli datang untuk dibeli.Mai……… beli aku….embekkkkkkkkk…..Kambing boer yang menunjukan kejantananye kepada pelanggan.Wahhh…..main belagak lagi kambing boer ni sampai gaduh-gaduh dengan kawan2nya.Mungkin kambing boer ni nak supaya dia di pilih untuk dibeli….hahahahaaaa….Sahabat dan Partner aku yang sedang termenung tu tengah memuikirkan tentang prospek ternakan kambing secara kormesial di Malaysia.Kandang yang kelihatan bersih menunjukan pengurusan kandang yang teratur sentiasa dijaga dan kesihatan kambing juga sangat penting perlu diuruskan agar tidak mengundang penyakit.Sebahagian kambing yang menampilkan muka untuk pengambilan Gambar.Mulalah kambing2 ni posing nak tunjuk sapa yang machooo…hahaha..aku lagi macho….heheheheCantik kambing Feral ni geramlah aku.kalo ada duit aku beli semuanya hahahahaha….
Pastu sembelih buat satay….yammmmm....mi...Tengoklah sendiri gambar kambing ni kalo nak lebih lanjut pergilah kekandang esis..hahahaha…kalo kandang aku dah siap boleh gak gi kekandang aku. hehehehe….
Yang penting kita kena bekerjasama, dan Bantu-membantu yang penting networking sesame sendiri untuk meningkatkan dan memperkembangkan ternakan kambing Negara ketahap yang diinginkan kearah kormesial.Tangki air terletak dihadapan untuk membekalkan air bersih kepada kambing.Air perlulah diberi air yang bersih dan seelok2nya air perigi.Tempat pemperosesan baja.Najis kambing diproses menjadi baja dan dijual kepada pertani dan baja juga sangat menguntungkan sekiranya dibuat secara kormesial tetapi perlu di buat kajian yang mendalam supaya baja tahi kambing memberikan kesan baik kepada tumbuhan.

Friday, July 20, 2007

LAWATAN TERNAKAN AYAM DISHAH ALAM


Ini reban untuk rawatan kepada ayam yang sakit.
Ini reban ayam moden yang mampu megeluarkan hasil 10 ribu ekor ayam dalam masa sebulan.Sebelahnya stor untuk penyimpanan makanan pellet.

Ini pandangan sebelah sisi reban ayam dan sebelah ini yang tegah tu adalah gambor taukenya.

Ini pandangan sisi dan belakang yang mengunakan kipas untuk menyedut dan membuang udara yang kotor keluar reban.

Ayam yang berusia 3minggu lebih.


Pandangan dalam reban yang berteknologi moden yang mengunakan udara sejuk untuk pembiakan ayam

Inilah system air yang menghasilkan udara sejuk

Sistem ini mengunakan pump untuk menyedut air dan mengeluarkan semburan air & sistem kipas yang terletak di belakang reban akan menyedut udara air.
Ternakan ayam sangat menguntungkan kalo dibuat secara komersial kerana dimalaysia ayam merupakan makan yang utama.

Wednesday, July 18, 2007

Kelahiran anak Kambing..



nilah kambing yang baru beranak 3 minggu lepas....besor tu badannyer.....fuh...semangat2

Kematian anak yang memilukan.tengok lah kasih sayang seorg ibu yang bergelar ibu tunggal.tp ape sudah jadi pd manusia tak sayang anak.Malah buang anak lagi.Kesian aku tegok anak kambing ni.bila aku datang jer aku terperanjat tegok anak kambing ni tak leh bangun.Pastu ibunya macam bagi satu isyarat minta tolong dgn aku.ibu kambing ni menolak2 badan anak kambing seolah2 menyuruh anaknya bangun.anak kambing tu Uncle dah bawa buat rawatan alhamdulilah selamat.tp selang dua hari anak kambing tu terus mati.sedih aku.huhuhuhuhu..nilah dinamakan ajal maut datangan tuhan.aku pasrah dgn ketentuan allah..Bila aku balik umah aku teringat lagi anak kambing tu.aku berfikir sejenah kalolah takder ilmu macamner nak selamat kan anak kambing tu yerrr...nak bagi ubat aper?nak wat aper?macam2 aku terfikir.Jadi aku perlukan tambah lagi ilmu didada ini agar aku tahu ape yang akan aku lakukan sekiranya terjadi sedemikian.maklumlah aku ni penternak baru.Generasi baru katakan..masih jauh lagi perjalanan yang perlu aku tempuhi dalam dunia ternakan.

Kambing yang sihat sedang menjamu selera...yamiiiiii....makan lah ko banyak sampai boroy perut ko tu.hehehehehe...

TERNAKAN SECARA KORMESIAL

Projek penternakan kambing di Kajang.
Insyallah projek kambing di kawasan kajang akan dibangunkan tidak lama lagi. Banyak cabaran dan halangan dalam membangunkan projek aku ini. Insyallah aku akan selitkan perkembangan projek penternakan kambing aku ni di kajang.

Kata-kat Perangsang Minda

"Jangan ingat semasa sedang banyak wang, selama-lamanya kita ada banyak wang. Kalau hendak berniaga, kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros membelanjakan wang syarikat untuk bermewah-mewah"

"Di samping kesediaan berkorban dalam mengejar kejayaan, Bumiputera harus memupuk sifat kesabaran yang tinggi. Kejayaan jarang datang dalam sekelip mata. Ramai yang gagal beberapa kali sebelum menikmati kejayaan. Perjuangan besar selalunya perlukan pengorbanan besar yang diiringi kesabaran"

"Untuk terus membangun sebagai satu ekonomi yang kukuh dan berkembang, negara perlukan usahawan dan ahli perniagaan yang kreatif, berdaya maju dan berdaya tahan"


Kebijaksanaan menangani sesuatu krisis adalah juga sebahagian daripada amalan budi bahasa yang harus difahami oleh ahli perniagaan. Sebaik mana perancangan kita, ada masanya sesuatu yang tidak dirancang akan berlaku. Apabila berlaku sesuatu yang buruk, kita mesti tahu bagaimana mengurangkan kesan negatif yang timbul"